Monday, March 16, 2015

Latihan Industri: Hari pertama di Jabatan pertanian daerah Ranau: Aktiviti memusnahkan Rumpai miang Mexico.


Hari ini merupakan hari pertama saya menjadi pelatih di Jabatan Pertanian daerah Ranau. Hari pertama dah buat kerja lapangan. Memang agak menyeronokkan. Ini adalah pengalaman pertama saya menjalani latihan industri. Hari ini juga adalah merupakan hari yang paling bermakna buat saya. Walaupun permohonan untuk menjalani latihan industri di Felda dan BSBCC tidak berjaya, namun saya cukup berpuas hati kerana permohonan di Jabatan Pertanian berjaya, apatah lagi ditempatkan di daerah sendiri. Mungkin ini merupakan peluang bagi diri ini untuk berkhidmat dan mengenali daerah sendiri.

Hari pertama, saya telah berpeluang menyertai anggota-anggota jabatan pertanian yang ditugaskan untuk mengawal dan membasmi kehadiran rumpai Mexico di sekitar daerah Ranau. Seperti yang kita telah sedia maklum, rumpai mexico ini baru baru telah dikesan memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan.

Rumpai Mexico sewaktu berbunga




  Nama saintifik bagi rumpai ini ialah Parthenium Hysterophorus  yang berasal daripada Amerika Selatan dan Utara. Rumpai ini telah dikesan wujud di beberapa negeri di Malaysia seperti Pahang, Perak, Kedah, Terangganu dan Negeri Sembilan.

 Menurut Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, rumput ini bebahaya kerana ianya mempunyai bahan kimia pada debunga ,bahagian akar, daun dan batang iaitu parthenin, hymenin dan ambrosin yang membawa kesan buruk terhadap kesihatan manusia. Antara gejala gejala yang biasa terjadi ialah, ruam pada kulit, kulit mengelupas, gatal-gatal pada kulit, mata membengkak, alergi dan gangguan pada sistem pernafasan. Tumbuhan ini juga memberikan inpak negatif terhadap ekosistem semula jadi, sektorpertanian dan ternakan.

Baru baru ini, rumput miang Mexico dilaporkan telah dikesan di kawasan Ranau.Jabatan pertanian daerah Ranau telah memainkan peranan yang penting untuk mebasmi dan mengawal populasi rumpai ini. Saya telah berpeluang menyertai skuad Jabatan Pertanian Ranau pergi ke dua kawasan yang telah dikenal pasti kewujudan tumbuhan ini iaitu di Kampung Skim Dua Lohan dan Kg Lasing Ranau.


  Antara langkah yang dapat di lakukan untuk mengatasi masalah rumpai ini ialah dengan mengunakan racun rumpai. Selain daripada itu, rumpai ini juga boleh dihapuskan dengan mengunakan larutan garam dengan nisbah sekilo garam dilarutkan dengan empat liter air kosong dan disemburkan ke atas rumpai tersebut. Kesan garam ini membunuh rumpai dalam masa sehari.


Setakat ini, faktor faktor bagaimana tumbuhan ini boleh tersebat ke kawasan Ranau masih belum dapat dikenal pasti dengan tepat. Sesetengah penduduk berpendapat tumbuhan ini telah tersebar melalui baja ayam yang diimport. Walaubagaimanapun, kajian terperinci sedang giat dilaksanakan.

  Orang ramai dinasihatkan untuk segera bertindak melaporkan kepada pihak Pertanian mahupun agensi agensi yang berkaitan tentang kewujudan tumbuhan ini. Hal ini kerana, selain daripada dapat mengelak dari berlakunya sebarang kesan terhadap kesihatan, tumbuhan ini juga akan dapat dikawal untuk jangka masa yang panjang.  


Rumpai Mexico yang tunbuh subur di Kg Skim Dua Lohan

Aktiviti memusnahkan rumpai Mexico

Semburan racun rumpai oleh pihak JPR di Kg Lasing

Amaran berbahaya rumpai ini terhadap kesihatan